Breadcrumb

CEP - Intro

BNM berhasrat mewujudkan pengguna kewangan di Malaysia yang yakin, bertanggungjawab, dan bijak, kerana ia akan menggalakkan persaingan antara penyedia perkhidmatan kewangan, yang seterusnya mencetus inovasi dan kecekapan pasaran.

Cons Info - FEN

Program Pendidikan Pengguna

Usaha pendidikan kewangan BNM dilaksanakan di bawah beberapa inisiatif, seperti Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN); Laman Informasi, Nasihat & Khidmat BNM (BNMLINK), dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). .

Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN)

FEN merupakan satu platform antara agensi yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ahli-ahli FEN yang lain terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Permodalan Nasional Berhad.

Laman web FEN menyediakan alat dan sumber literasi kewangan kepada semua rakyat Malaysia untuk membina ilmu dan kemahiran kewangan, bagi membantu mereka membuat keputusan kewangan yang baik, pada setiap peringkat kehidupan.

Kunjungi FENetwork.my.

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat BNM (BNMLINK) dan BNMTELELINK, pusat perhubungan kami, membantu orang ramai dan perniagaan menerusi perkongsian maklumat, menjawab pertanyaan dan menerima aduan berkaitan produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan institusi kewangan di bawah bidang kuasa BNM.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan kepada individu ke arah mengawal keadaan kewangan mereka melalui penggunaan kredit yang bijak. AKPK tidak menyediakan sebarang kemudahan kredit dan perkhidmatannya adalah percuma.

Kunjungi laman web AKPK

Ikuti perkembangan penipuan kewangan di Malaysia dan lindungi diri anda dan mereka yang tersayang. Sebuah inisiatif oleh BNM.

Lihat juga: Buletin Ringgit, sebuah penerbitan FOMCA (Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia) bersama BNM.

CEP - infographics

Infografik Terpilih Pendidikan Pengguna Kewangan

CEP - Digital banks tiles

Bank Digital