Breadcrumb

1. RA packages 2021-06-28 1145am

 

BANTUAN DITERUSKAN.

Moratorium pinjaman selama 6 bulan tersedia kepada semua individu (B40, M40, dan T20),
perusahaan mikro, dan PKS yang terjejas mulai 7 Julai 2021.

Kategori Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
Semua individu (B40, M40 dan T20) Moratorium 6 bulan.
Tiada dokumen sokongan diperlukan.
Semua perusahaan mikro*
Semua PKS* yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 Moratorium 6 bulan.
Tiada dokumen sokongan diperlukan.
Hanya pengisytiharan kendiri diperlukan.

* Seperti yand ditakrif oleh SME Corporation Malaysia

Bantuan khusus (contohnya bayaran ansuran yang dikurangkan) yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan individu terus tersedia.

Sila hubungi bank anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mulai 7 Julai 2021.

2. Selecting RA packages

Cara memohon moratorium selama 6 bulan

Untuk mendapatkan bantuan ini, sila hubungi bank anda mulai 7 Julai 2021.

  • Layari laman sesawang bank anda untuk mengetahui cara memohon melalui borang web, e-mel, atau panggilan telefon.
  • Isi butiran peribadi dan butiran pembiayaan anda.
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.
  • Bank anda akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari kalendar (untuk individu) atau 14 hari kalendar (untuk perusahaan mikro dan PKS).
  • Jika anda menghadapi kesukaran berurusan dengan pihak bank, atau anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK atau mengisi borang web bnm.my/RAsurvey untuk membuat aduan.

Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka boleh terus berbuat demikian.

Bantuan bayaran balik pinjaman yang diperoleh pada tahun 2021 tidak akan menjejaskan laporan CCRIS anda.
Jika anda memerlukan bimbingan atau mahu mencari bantuan bayaran balik pinjaman alternatif, anda boleh menghubungi AKPK melalui services.akpk.org.my
PKS (termasuk perusahaan mikro) boleh memohon mendapatkan bantuan khidmat nasihat menerusi saluran khas SME Help Desk AKPK melalui akpk.org.my/smehelpdesk. Saluran bantuan dalam talian ini memberikan khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu mereka dalam membuat permohonan bantuan bayaran balik pinjaman.

Antara 1 Jun 2021 hingga 24 Disember  2021, lebih daripada 2.7 juta peminjam individu dan 95,700 peminjam PKS telah mendapat bantuan bayaran balik pinjaman.

3. List of Banks RA pages

4. RA Videos

Video

5. RA Infographics

Infografik